******************Waktu Berlalu Tak Mungkin Kembali*******************

Sunday, February 1, 2009

kawanku cokocok belang pink



*pakat2 klik kat atas utk bagi makan kat kodok

Jangan.......

Jangan cinta kerana dia lelaki..
kelak kita akan membenci..
jika dia bukan lelaki yang dicari..
hanya pandai menabur janji..

jangan dirindu pada paras rupa..
kelak kita akan terseksa..
jika dia tidak sebaik rupanya..
senyumnya manis tipu belaka..

jangan disayang kerana berharta..
kelak kita hidup menderita..
jika hartanya habis dibelanja..
sukarnya hidup miskin dan papa..

jangan dikasih kerana dipuji..
kelak kita menagih janji..
jika rupa berkedut dimamah hari..
hilang sudah puji memuji..

jangan dicari seorang kekasih..
kelak kita akan disisih..
jika kasih luntur bersih..
menangislah diri hidup bersedih..

jangan disambut salam rindu..
kelak kita menahan sendu..
jika rindu tak dapat disatu..
dimanakah akan kita mengadu..

jangan dilayan seorang teman..
kelak hidup menjadi ancaman..
jika teman tidak beriman..
dibakar api dihari kemudian..

wahai sahabat wahai teman..
carilah dia kerana Tuhan..
untuk menambah ceteknya iman..
bekalan diri hidup berteman..

wahai sahabat wahai teman..
cintailah dia kerana beriman..
dijadikan Tuhan sebagai pasangan..
baik buruk ketentuan Tuhan..

wahai sahabat wahai teman..
terimalah dia penuh keikhlasan..
andai buruk anggaplah dugaan..
andai baik pujilah Tuhan..

wahai sahabat wahai teman..
ingatlah akan janji Tuhan.
isteri yang baik besar balasan..
suami penyabar itulah kemenangan..:

Jika Kamu... Renungkan....Hayati dan fahami....

Jika kamu memancing ikan....
setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu....
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam
air begitu sahaja....
kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang...
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga
hatinya....
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu
sahaja....
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan
mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia
mengingatimu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu
menampalnya semula....
akhirnya ia dibuang....
sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah
seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....
anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah
bagi kamu untuk menerimanya. ... akhirnya kamu kecewa
meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan
kamu akan berterusan hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu
pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang
lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh
memakannya.
Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang
insan.....
yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu.
Menyayangimu. Mengasihimu.
Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan
yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi
milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal.... .



Friday, January 23, 2009

Are U Still Complaining




















Thursday, January 22, 2009

Apa ke hal??

Fesyen terbaru untuk lelaki....
blh didapati di salun2 pilihan.Tidak memerlukan banyak modai...