******************Waktu Berlalu Tak Mungkin Kembali*******************

Sunday, December 14, 2008

benteng ayaq....

Blh ka ayaq dijadikan benteng jalan???
fikir-fikirkan dan renung-renungkan..
selamat beramal

angkat umah nak bawak lari????


Monday, December 8, 2008

Symbol of luv...

Thursday, November 27, 2008

"C.I.N.T.A"


Serangkai kata beribu arti
dua patah kata beribu kesan
"cinta"
hadir tanpa di undang
pergi meninggalkan luka yang amat sangat dalam

bahagia jika cinta berbalas
"cinta"
kecewa jika dibalas dengan dusta
senyum dan air mata menyatu dalam cinta
menjadi akhir dari cerita

sesaat ku layangkan angan
tuk telusuri makna
"cinta"
yang sesungguhnya
dan ternyata cinta hanyalah
khayalan yang mungkin bisa buat ku bahagia sesaat...
apa yang ada pada

"cinta"...????

Pantun org bercinta

Nak kata dah kahwin,
rasanya belum lagi,
bila tanya bila nak kawin?
entahlah..... x tau lagi....

perangai mengalahkan org dah kawin
berkepit sana-sini,
padahal bukan muhrim,
ikut trend masa kini.. heran....
pegang tangan tak takut dosa ke,
berpeluk-pelukkan x tau malu ker,
tak kasihan mak bapak ker,
hantar suruh belajar kau buat leka...
nak kata tak belajar agama,
kecik-kecik mak bapak hantar,
sekarang nak salah siapa kalau buat dosa,
sendiri bangang coz x ikut apa yg diajar...
belajar tinggi sampai gayat,
tp tak amal sepanjang hayat,
islam tu kan penyelamat,
bila nak amal.... tunggu sampai jadi mayat ?...
sana sini buat wayang,
orang tengok naik bengang,
itu belum lagi rumput kat padang,
kalau idup sure kena terajang...
dulu masa single okey jer,
sekarang dah couple banyak lak dosa,
bila org tegur buat derk jer,
apa kulit dah tebal nak masuk neraka?...
bila kena tangkap khalwat,
buat muka jadi kelat,
malu mengalahkan ikan jelawat,
tambah muka penuh jerawat..
masa buat x tau malu,
ikut sangat telunjuk nafsu,
buat maksiat x segan silu,
sekarang lagu mana... susu dah jadi keju..
suruh sembahyang...nanti..nanti..
boyfriend tepon terus pergi,
nak bersyukur atas nikmat allah x reti²,
boyfriend yg bg sekuntum bunga tulah dipuji²...
yang si mamat nie pun sama,
suruh gie masjid nak bawak girlfriend sama,
mana taknya dah berjanji hidup bersama,
sampai solat jumaat pun nak dikerjakan bersama..
kesudahannya hari jumaat,
org solat jumaat,
dia bershopping bukan main ligat,
layan awek sampai penat...
kalau diri dah gatal sangat,
kahwin jer cepat lagi selamat,
ni couple takde matlamat,
sajer suka² penuhi syarat..
org couple dier ikut sama,
tak sedar diri tu papa kedana,
papa ilmu papa agama,
macam mana ' bercinta cara islam' itu nak dijana....
bkn mengata bkn mengumpat,
siapa suruh buat wayang x bertempat,
kalau x suka diri diumpat,
jgn buat benda yg x tepat...
bonceng sana bonceng sini,
bontot tertonggek x malu pulak,
siap bangga x terperi,
dapat peluk pinggang balak..
balak kat depan mata melilau,
awek kat belakang bknya nampak,
siap mengurat muslimah yg pegi surau,
silap hari bln sure kena sepak..
awek pulak bangang,
perangai macam lalang,
percayakan balak bergalang-galang,
yelah....balak cover, belum pecah tembelang...
pegang sana pegang sini,
x takut ker susut nilai,
kahwin belum tentu lagi,
kalau x jadi x ker hilang permata bernilai...
tulah... tuhan bg akal x pakai,
tuhan bg hati x tahu menilai,
diri sendiri yg lalai,
baik buruk pun x reti nak nilai..
kalau org cakap marah,
bila org nasihat melenting,
"taulah...taulah xpayah susah²,
tau lak senyap bila dah bunting....
la ni baru nak ingat tuhan,
itupun nasib baik ingat,
menangis dah x leh nak tahan²,
baru sekarang menyesal bangat....
nasib baik tuhan tu maha penyayang,
itupun nasib baik umur masih panjang,
ada peluang nak mengucap panjang,
mintak ampun, panjat doa memanjang...
perkara lepas jgn dikenang,
pintu taubat terbuka luas,
hidup bkn utk bersenang-senang,
meraih & mencari redha Allah yg maha luas...

Monday, November 24, 2008

Hubungan Yang Sukar Dimengertikan.....











Permandangan kampungku sewaktu ayaq bah (20/10/2008)






Thursday, November 20, 2008

Surat Untuk Staff

Staff Sekalian,
Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2009, syarikat ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-
a. PENGANGKUTAN.
Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah,kereta baru atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji.Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.
b. CUTI TAHUNAN.
Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.
c. WAKTU LUNCH:
1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.
2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.
3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.
d. CUTI SAKIT:
Mulai 2009 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga.
e. PENGGUNAAN TANDAS:
Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2009 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kemera akan menyala.Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum 'staff sembelit'.
f. PEMBEDAHAN:
Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.
g. PENGGUNAAN INTERNET
Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda.Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka.Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain.
Sekian, terima kasih.

Sifat Lelaki Mengikut Bulan Kelahiran(Hijrah)

Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah yang mana seseorang lelaki itu dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilakunya. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan:

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.
Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbu bapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.
Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.
Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.
Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.
Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.
Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.
Sya'aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.
Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan dirinya. Kehidupannya selalu selamat.
Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.
Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.
Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, maka dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.

Saturday, November 15, 2008

TiDaK PeRlU KeCeWa

.... Kerna yang tidak dihargai
Sesungguhnya manusia seringkali tewas dalam percintaan..seringkali kita sebagai seorang manusia normal,kita akan kecewa apabila sesuatu itu tidak seperti yang kita harapkan... namun, pernahkah kita terfikir bahawa semua tu adalah sesuatu yang mengajar kita erti hidup..
cinta kepada manusia dan daripada manusia, tak pernah kekal.. jadi untuk apa kita bersedih, meratap untuk sesuatu yang tak pernah jadi milik kita.. bila kita meratap, bersedih, hilang semangat kerana kekasih.. KENAPA? ?
dia belum menjadi milik kita dan dia takkan menjadi milik kita abadi kita kerana kita semua adalah milikNYA.. Tidak semua orang tahu menghargai kasih sayang, pengorbanan, kejujuran dan keikhlasan kita..termasuklah orang yang kita gelar kekasih.. bila dia rasakan diri kurang perhatian, mulalah berpaling pada insan lain..
bila sudah kehilangan, barulah datang kembali mengucapkan seribu kemaafan dan madah-madah cinta yang seolah-olah dia pencinta yang begitu setia.. sedangkan sebelum itu, dialah yang menghancurkan harapan dan hati kita yang begitu ikhlas menyayanginya. .....
begitulah lumrah manusia, hanya menghargai apabila sudah kehilangan.. bila ada disisi,tak dipandang pun segala pengorbanan yang dibuat..
tak perlulah kamu bersedih kerana si dia yang tak menghargai kesetiaan, kasih sayang dan cinta kamu padanya..ini adalah peluang untuk kamu mencari yang lebih baik..dan tak ada seorang pun manusia yang berjaya menemui kebahagiaan dalam hidupnya tanpa menempuh kekecewaan..
BANGUNLAH!!! TAK PERLU MERATAP LAGI!!! SETIAP KEKECEWAAN PERLU KITA HADAPI..KUATKAN SEMANGAT, TABAHKAN HATI...INSYAALLAH, KEBAHAGIAAN TETAP MILIKMU...

Friday, November 14, 2008

Beauty of Sunrays


~Rahsia As-solat~

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya,sebagai pelita yang menerangi kita didalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu' Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I'tidal Akan memberi minuman air daritelaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar &Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding apineraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita denganAllah S.W.T.

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orangYahudi / Kafir tidak sukakan angka 13dan juga Hari Jumaat. Itulah sebabmengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"Wassalam.Dari Abdullah bin 'Amr R. A., RasulullahS. A. W.bersabda : "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...